Tuesday, March 8, 2011

timex

timex militari yg cun putih bersih.jam yg dilahirkan di era dan di negara beatles tgh top dulu.menggunakan enjin kunci.masa mula2 dapat jam ni enjin dah rosak dan x bole di repair lg..nasib baik ada aku simpan enjin spare ngam2 bole masuk di jam ni.
memang lawa di padankan dgn tali nilon ni.casing cukup sempurna dan lug juga cantik di pandang.

masa ni bru lepas repair enjin jarum saaat pun blum pasang.x pasti apa logo dkt jam 6 t nmpak mcm logo pengakap pun ada.


tgk dari sini pun cun..



cun..memang cun jam ni





Thursday, February 24, 2011

seiko 6139-7100

seiko 6139-7100 aka helmet aka topi keledar aka topi keselamatan dll.jam yg dulu2 aku x pernah pakai hatta nak memilikinya pun.zaman dah berubah demi keselamatan tangan la ni aku pakai jgk helmet ni kat tgn aku memandangkan ianyanya di reka utk saiz tgn mcm aku..
kalo dri tepi di ushar mcm ni la bentuk dia kalo kita x rabun dekat.

keadaaan jam yg berusia lebih 30 tahun.masih lagi cun belum layak di panggil bujang terlajak.fungsi chrono masih baik dan bila di reset berebut2 jarum kuning tu balik ke angka 12 mcm askar di suruh fall in..



ni ha kalo melekat di lgn aku ..nampak gagak jam ni walaupun lengan tu je yg x gagah.


aku dpt jam ni pun dgn sahabat jam jgk bkn di kedai motor utk makluman.nampaknya la ni harga helmet makin melambung naik mcm minyak dan getah jgk.untung rasanya dpt simpan jam ni awal2.apa pun jam ni x di jual bt masa ni ye..lawa..memang lawa..





Monday, February 14, 2011

tip top

tip top new haven watch..jenama dari usa yg jarang2 kita jumpa.kalau x silap jam ni menggunakan enjin dari dollar watch .jenama inggersol juga dipercayai dri suku sakat jam ni jgk.
dilahirkan sekitar tahun 1925 di negara al capone bermaharajalela.keadaan jam di kira cukup baik keadaannya berbanding umurnya yg dah cukup lanjut dan layak di panggil tok wan.segak bergaya dgn strap nylon belang putih hijau..

unik..crown besar terpasang megah di angka jam 12 seperti jam poket.nak jadikan jam tgn pasang je fix lug 16mm.cukup mudah fikiran org dulu2 ni kan.lagi satu yg unik kedudukan angka 12 terletak di angka 2 kalau jam moden.kalau time memandu x payah nak ubah tgn lg kalau nak tgk jam..tgk terus ja...bijak org dulu2 ni..saiznya pun bole tahan besar jgk bandingkan dgn tgn aku tu..


dari tepi casing hexagon yg masih berseri dan tegap.rasanya lagi cun kalau dpt di pasang strap kulit.lagi satu yg unik jgk tentang jam ni dia pnya bunyi tik..tik.. tu cukup kuat..kurang skit ja bunyi dripada jam loceng kunci cap 555 tu..hehe



ni dia enjin dia..x payah pakai jewel pun jam masih boleh beroperasi berdekad2.dpt jam ni dri sahabat jam jgk.masa mula2 dpt jam ni kejap jalan kejap mati.terpaksa aku bukak case back tgk2 je... pas tu suruh la kwn aku yg berasal dri negara abu sayyaf tlg apa yg patut.akhirnya setelah l/kurang 10 minit je di jampi oleh si otok kwn aku tu jam terus berdetik smpai la hri ni..pendek kata selagi x abis power reserve tu tik..tik..tik.. ja jam x penat2..tq T.Syed.





Monday, January 24, 2011

oris

jenama yg dah lama popular di kalangan peminat jam.x kira jam baru atau vintage.yg ni oris vintage dilahirkan sebelum malaysia merdeka lg..masa tu hanya bendera union jack je berkibar megah..org kg aku pun rata2nya masih kayuh basikal lg sambil pakai jam roskopf kalo nak pi kedai beli rokok tembak..x tau masih ada lg ka rokok tembak tu..hhe
tgk dail pun dah tau jam ni dtg dri zaman peon pakai seluar pendek..cukup klasik.casing chrome jdi jgn dok slalu polish dgn autosol.jam masih jln dgn sempurna.sub dail pun masih jln lgi.cuma saiz je kecik ikut fesyen zaman tu.

kalo di tgn aku yg sdg2 ni pun masih nmpak kecik jgk sebab jam klasik ni jrg ada yg saiz besar.syg jam pun dah tinggal kenangan dah..